welcome

welcome
welcome to blog us
just about as

Hindari Teman Anda Jika:

Kamis, 16 Desember 2010

Teman yang Menjatuhkan kamu

            Gemar mencari kesalahan orang lain.Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja. Dia tidak memiliki ramai kawan!



Teman yang memiliki pengaruh negatif

            Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya. Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!. Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!



Teman yang mempergunakan kamu

            Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu. Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya. Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.



Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang” tu! )

            Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama. Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu. Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.



Teman yang suka meniru kamu!

            Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu. Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu. Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.

0 komentar:

Posting Komentar